12 February 2012

Beberapa Salah Tanggapan Terhadap Islam




Penulis tertarik mendengar satu wawancara di dalam sebuah program agama di satu siaran radio. Tetamu undangan hari itu adalah seorang muallaf yang juga seorang Pakar Bedah Neuro di Perak.

Menjawab satu soalan kepada beliau adakah sembahyang 5 lima waktu orang Islam itu mendatangkan masalah atau gangguan pada pandangan beliau, beliau menjawab tidak sama sekali. Beliau mengambil contoh yang cukup baik seperti didalam bidang tugas beliau sendiri. Menurut beliau pembedahan neuro merupakan pembedahan yang bahaya dan memerlukan tumpuan yang sepenuhnya dan biasanya mengambil masa yang panjang.

Setelah pesakit berada dalam keadaan stabil beliau pergi sembahyang seketika dan berdoa kepada Allah semoga penbedahan itu berjaya dan pesakit itu sembuh, ini dapat memberikan beliau rehat seketika dan dapat menghilang tekanan kerjanya dan beliau dapat menyambung kembali tugas beliau dengan tenang.

Apa yang penulis nak tekankan ialah ada suara-suara sumbang bukan Islam yang memperlekahkan dan mempersendakan kakitangan yang pergi solat kononnya tidak effisien dan menyusahkan dan mendatangkan kerugian.

Dengan mengambilkira pengalaman Doktor Pakar itu sendiri nyatalah dan memang pun ianya sama sekali salah.

Penulis mengambil pula akan kajian oleh penyelidik Jerman tentang penyembelihan cara Islam dengan membanding sembelihan cara mereka mengunakan kejutan elektrik.

Dalam kajian itu dari bacaan alat yang direkodkan didapati sembelihan cara Islam tidak mendatangkan kesakitan kepada haiwan tersebut. Urat marih yang dipotong menyebabkan darah mengalir keluar dan tiada yang terkumpul didalam haiwan tersebut. Ini memberikan daging yang lebih segar dan tiada kuman penyakit yang terkumpul.

Berbanding sembelihan cara mereka didapati haiwan tersebut mengalami kesakitan yang amat sangat. Darah haiwan itu juga terkumpul didalam haiwan tersebut menyebabkab dagingnya cepat busuk dan tercemar.

Dengan itu tuduhan yang mengatakan sembelihan korban orang Islam menyiksa haiwan adalah tidak berasas sama sekali.

Semoga ia dapat sedikit sebanyak menjawab dan memberi penjelasan akan salah anggapan terhadap cara ibadah orang Islam dan hendaklah kita saling menghormati diantara satu agama dengan agama yang lain.

08 February 2012

Yu Pemangsa Laut Yang Terunggul










Yu seperti yang diketahui merupakan pemangsa yang paling digeruni dilaut. Kekuatan dan ketangkasan yang dimilikinya menjadikan yu enjin 'pembunuh' yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana hidupan marin yang lain.

Para pengkaji yu telah membuat kajian terhadap 3 jenis yu iaitu Yu Garang, Yu Putih Besar dan Yu Tenggiri untuk melihat dengan lebih dekat akan keajaiban ikan ini.

Dari kajian dibuat didapati bahawa bukan hanya gigitan yu itu sahaja yang mampu membunuh tetapi bahaya dari bakteria yang terdapat pada gigi yu itu juga boleh mengundang maut kepada mangsanya.

Yu Putih merupakan yang paling digeruni dan mempunyai taktik serangan yang sangat bahaya. Dengan saisnya yang besar ia akan melanggar dan menerkam mangsa dengan pantas. Kebiasaannya yu putih berburu bersendirian.

Yu Garang merupakan spesis yu yang mempunyai gigitan yang paling kuat dengan kekuatan 900 paun walaupun saisnya lebih kecil berbanding Yu Putih.

Hakikatnya spesis yu adalah hidupan marin laut yang terunggul dan perlu dihormati yang menjaga dan menghiasi alam laut dalam.