
Penulis tertarik mendengar satu wawancara di dalam sebuah program agama di satu siaran radio. Tetamu undangan hari itu adalah seorang muallaf yang juga seorang Pakar Bedah Neuro di Perak.
Menjawab satu soalan kepada beliau adakah sembahyang 5 lima waktu orang Islam itu mendatangkan masalah atau gangguan pada pandangan beliau, beliau menjawab tidak sama sekali. Beliau mengambil contoh yang cukup baik seperti didalam bidang tugas beliau sendiri. Menurut beliau pembedahan neuro merupakan pembedahan yang bahaya dan memerlukan tumpuan yang sepenuhnya dan biasanya mengambil masa yang panjang.
Setelah pesakit berada dalam keadaan stabil beliau pergi sembahyang seketika dan berdoa kepada Allah semoga penbedahan itu berjaya dan pesakit itu sembuh, ini dapat memberikan beliau rehat seketika dan dapat menghilang tekanan kerjanya dan beliau dapat menyambung kembali tugas beliau dengan tenang.
Apa yang penulis nak tekankan ialah ada suara-suara sumbang bukan Islam yang memperlekahkan dan mempersendakan kakitangan yang pergi solat kononnya tidak effisien dan menyusahkan dan mendatangkan kerugian.
Dengan mengambilkira pengalaman Doktor Pakar itu sendiri nyatalah dan memang pun ianya sama sekali salah.
Penulis mengambil pula akan kajian oleh penyelidik Jerman tentang penyembelihan cara Islam dengan membanding sembelihan cara mereka mengunakan kejutan elektrik.
Dalam kajian itu dari bacaan alat yang direkodkan didapati sembelihan cara Islam tidak mendatangkan kesakitan kepada haiwan tersebut. Urat marih yang dipotong menyebabkan darah mengalir keluar dan tiada yang terkumpul didalam haiwan tersebut. Ini memberikan daging yang lebih segar dan tiada kuman penyakit yang terkumpul.
Berbanding sembelihan cara mereka didapati haiwan tersebut mengalami kesakitan yang amat sangat. Darah haiwan itu juga terkumpul didalam haiwan tersebut menyebabkab dagingnya cepat busuk dan tercemar.
Dengan itu tuduhan yang mengatakan sembelihan korban orang Islam menyiksa haiwan adalah tidak berasas sama sekali.
Semoga ia dapat sedikit sebanyak menjawab dan memberi penjelasan akan salah anggapan terhadap cara ibadah orang Islam dan hendaklah kita saling menghormati diantara satu agama dengan agama yang lain.
No comments:
Post a Comment