12 February 2012

Beberapa Salah Tanggapan Terhadap Islam




Penulis tertarik mendengar satu wawancara di dalam sebuah program agama di satu siaran radio. Tetamu undangan hari itu adalah seorang muallaf yang juga seorang Pakar Bedah Neuro di Perak.

Menjawab satu soalan kepada beliau adakah sembahyang 5 lima waktu orang Islam itu mendatangkan masalah atau gangguan pada pandangan beliau, beliau menjawab tidak sama sekali. Beliau mengambil contoh yang cukup baik seperti didalam bidang tugas beliau sendiri. Menurut beliau pembedahan neuro merupakan pembedahan yang bahaya dan memerlukan tumpuan yang sepenuhnya dan biasanya mengambil masa yang panjang.

Setelah pesakit berada dalam keadaan stabil beliau pergi sembahyang seketika dan berdoa kepada Allah semoga penbedahan itu berjaya dan pesakit itu sembuh, ini dapat memberikan beliau rehat seketika dan dapat menghilang tekanan kerjanya dan beliau dapat menyambung kembali tugas beliau dengan tenang.

Apa yang penulis nak tekankan ialah ada suara-suara sumbang bukan Islam yang memperlekahkan dan mempersendakan kakitangan yang pergi solat kononnya tidak effisien dan menyusahkan dan mendatangkan kerugian.

Dengan mengambilkira pengalaman Doktor Pakar itu sendiri nyatalah dan memang pun ianya sama sekali salah.

Penulis mengambil pula akan kajian oleh penyelidik Jerman tentang penyembelihan cara Islam dengan membanding sembelihan cara mereka mengunakan kejutan elektrik.

Dalam kajian itu dari bacaan alat yang direkodkan didapati sembelihan cara Islam tidak mendatangkan kesakitan kepada haiwan tersebut. Urat marih yang dipotong menyebabkan darah mengalir keluar dan tiada yang terkumpul didalam haiwan tersebut. Ini memberikan daging yang lebih segar dan tiada kuman penyakit yang terkumpul.

Berbanding sembelihan cara mereka didapati haiwan tersebut mengalami kesakitan yang amat sangat. Darah haiwan itu juga terkumpul didalam haiwan tersebut menyebabkab dagingnya cepat busuk dan tercemar.

Dengan itu tuduhan yang mengatakan sembelihan korban orang Islam menyiksa haiwan adalah tidak berasas sama sekali.

Semoga ia dapat sedikit sebanyak menjawab dan memberi penjelasan akan salah anggapan terhadap cara ibadah orang Islam dan hendaklah kita saling menghormati diantara satu agama dengan agama yang lain.

08 February 2012

Yu Pemangsa Laut Yang Terunggul










Yu seperti yang diketahui merupakan pemangsa yang paling digeruni dilaut. Kekuatan dan ketangkasan yang dimilikinya menjadikan yu enjin 'pembunuh' yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana hidupan marin yang lain.

Para pengkaji yu telah membuat kajian terhadap 3 jenis yu iaitu Yu Garang, Yu Putih Besar dan Yu Tenggiri untuk melihat dengan lebih dekat akan keajaiban ikan ini.

Dari kajian dibuat didapati bahawa bukan hanya gigitan yu itu sahaja yang mampu membunuh tetapi bahaya dari bakteria yang terdapat pada gigi yu itu juga boleh mengundang maut kepada mangsanya.

Yu Putih merupakan yang paling digeruni dan mempunyai taktik serangan yang sangat bahaya. Dengan saisnya yang besar ia akan melanggar dan menerkam mangsa dengan pantas. Kebiasaannya yu putih berburu bersendirian.

Yu Garang merupakan spesis yu yang mempunyai gigitan yang paling kuat dengan kekuatan 900 paun walaupun saisnya lebih kecil berbanding Yu Putih.

Hakikatnya spesis yu adalah hidupan marin laut yang terunggul dan perlu dihormati yang menjaga dan menghiasi alam laut dalam.

30 January 2012

Ancaman Asteroid




Asteroid adalah objek yang berada dicakerawala yang mengelilinggi matahari seperti Bumi dan planet-planet yang lain. Sais asteroid biasanya lebih kecil berbanding dengan planet-planet.

Oleh kerana asteroid juga sama-sama mengorbit matahari maka kemungkinan untuk asteroid terpesong dari laluannya dan menghentam Bumi sentiasa ada malah kejadian asteroid menghentam Bumi telah beberapa kali direkodkan. Tidak seperti Meteor yang terbakar sewaktu diatmosfea Asteroid dengan sais dan kekuatannya itu berjaya menembusi atmosfera dan menghentam Bumi dan inilah sangat membimbangkan. Ahli-ahli astronomi mendapati ada asteroid-asteroid yang bersais mega dan boleh mendatangkan malapetaka kepada manusia jika ia melanggar Bumi.

Kejadian terbaru adalah seperti yang telah dilapor oleh AFP dibawah.

WASHINGTON 28 Jan. – Asteroid bersaiz sebesar bas hampir-hampir melanggar Bumi semalam, walaupun pakar sebelum ini tidak bimbang dengan kesannya.

Pengarah bersekutu Pusat Planet Kecil yang beribu pejabat di Amerika Syrikat, Gareth Williams berkata, asteroid yang diberi nama 2012 BX34 itu mempunyai ukuran diameter antara enam hingga 19 meter.
Kewujudannya sebelum ini tidak diketahui sehinggalah ia dikesan oleh teleskop di Arizona pada Rabu lalu.

Menurut Williams, 2012 BX34 hanya berada sejauh kira-kira 60,000 kilometer daripada Bumi ketika ia melintasi pada pukul 11 malam tadi waktu Malaysia.

“Insiden yang disifatkan oleh pemerhati angkasa lepas sebagai ‘hampir mengenai Bumi’ itu menjadikannya antara 20 asteroid yang paling hampir melanggar Bumi,” kata Williams.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Khamis lalu mengumumkan bahawa asteroid itu akan ‘selamat melalui Bumi pada 27 Januari’.

Williams berkata, ekoran saiznya yang kecil, 2012 BX34 hanya boleh dikesan ketika ia hampir dengan Bumi. – AFP


Dengan itu marilah kita sama-sama berdoa semoga Bumi kita ini terlindung dari segala bencana dan malapetataka.

26 January 2012

Haiwan Bahaya Dan Berbisa



Didunia ini terdapat berbagai haiwan yang sangat bahaya dan berbisa. Mereka ini mendiami mengikut kesesuaian habitat masing-masing.

1. ULAR OROK-OROK



Ular ini mendapat nama dari ekornya yang bergetar dan berbunyi bertujuan untuk memanggil mangsa. Apabila mangsa seperti tikus menghampirinya ia akan mematuk untuk membunuh dan menelannya. Dengan bisanya yang begitu neurotoksid dan hematoksid tidak ada mangsanya pun yang boleh terselamat. Kekuatan bisanya itu boleh membunuh 9 manusia dengan satu patukan.

Seseorang yang terkena patukan ular ini boleh maut dalam 5 minit sahaja jika lambat mendapat rawatan.

2. GILA MONSTER



Haiwan ini biasanya akan ditemui ditempat yang agak terlindung. Ini kerana ia akan mencari tempat untuk berteduh dari cuaca yang panas. Ada antara haiwan ini yang 'tersesat' bersembunyi didalam kediaman manusia.

Ini boleh mendatangkan bahaya kerana apabila haiwan ini terganggu ia akan menyerang dan mengigit. Giginya yang tajam dan bergerigi itu akan menyuntik bisa dari pembuluh darah yang terdapat didalam giginya itu dan ini boleh mengundang kecederaan yang serius.

3. LABAH-LABAH JANDA HITAM



Labah-labah ini adalah antara serangga pembunuh yang sangat digeruni. Jaringnya yang sangat kuat mampu membuatkan serangga kecil termasuk tikus terperangkap. Ia akan menyerang mangsa yang sudah terperangkap itu lalu menyuntik bisanya yang neurotoksid itu.

Seseorang yang terkena gigitan labah-labah ini akan menderita kesakitan yang amat sangat dan jika rawatan segera lambat diberi orang itu akan mati.

25 January 2012

Basikal Tayar Pancit - Cara Baiki



Salam Sejahtera .....

Saya tengah terpikir-pikir apa nak tulis kat blog saya ni. Susah jugak yer nak cari idea nak menulis ni rupanya. Tu satu hal, nak mengolah idea pun satu hal jugak bukan senang, maklum la saya ni bukan penah pergi kursus penulisan.

Tiba-tiba saya teringin berkongsi pengetahuan membaiki basikal. Ye la nak cerita repair yang lain tak tau lak. Idea ni datang dari isteri saya yang memberitahu saya akan masalah yang dihadapi seperti golongan ibu tunggal apabila basikal anak-anak mereka menghadapi kerosakan. Mereka terpaksa bersusah-payah mencari kedai membaiki basikal yang bukan saja jauh malah susah pula didapati. Ye la nak baiki sendiri tak berani nak bukak pasang kang tambah rosak jadinya pulak.

Saya pun tak la teror sangat nak repair-repair ni sekadar suka-suka jer. Waktu saya masih sekolah rendah lagi saya selalu cuba-cuba sendiri repair basikal saya kot ada apa-apa masalah. Habis la spanar-spanar kat rumah saya selongkar dan teraburkan kadang-kadang tu sampai kena marah gan mak apak saya.

Saya rasa baiki basikal ni tak la susah sangat cuma kerjanya jer yang remeh sikit nak buat. Kerosakannya pun tak la sebanyak motor, yang biasa masalah pun tayar gan rantai dia jer. Bahagian yang lain tu biasanya jarang sikit ada masalah.

Disini saya akan mulakan dengan cara menukar tayar dalam atau pun tayar luarnya dulu.

Mula-mula apa saya buat saya akan terbalikkan dahulu basikal supaya senang membuka skru-skrunya.

GAMBAR

kemudian bukakan skru-skru dikiri dan kanan tayar tersebut

GAMBAR

selepas itu boleh lah cuba tarik tayar tersebut keluar dari tempatnya. Jika tayar tersebut sangkut dimana-mana bahagian cuba longgarkan atau buka apa-apa skru yang berkaitan. Biasanya mungkin sangkut kat brek atau rantai tu jer itu tak menjadi masalah tarik jer keluar tayar tu.

GAMBAR

Ok sekarang boleh la mula untuk menukar tayar dalamnya yang bocor itu. Saya akan gunakan 2 Skru Driver untuk saya guna mencungkil tayar luarnya dari rim tayar tersebut. Hati-hati mencungkilnya supaya tidak terkena tayar dalamnya.

GAMBAR

Selepas semua sisi tepi tayar luar telah dicungkil boleh lah dikeluarkan tayar dalam yang bocor itu. Mulakan dengan menarik keluar dari bahagian nat tayar (tempat memasukkan angin tayar) supaya mudah.

GAMBAR

Terpulang kepada anda samada untuk menukar baru atau menampal saja tayar dalam yang bocor itu. Jika mahu menampal maka ambillah gam dam potong sedikit bahagian tayar dalam lain (cari la yang dah terbuang kat mana-mana) sapulah gam dan tampal. Tapi elok la tukar dengan yang baru kang tampal mungkin tak tahan lama.

Selepas itu boleh lah diletakkan kembali tayar dalam yang baru ataupun yang telah ditampal itu untuk dimasukkan kembali kedalam tayar luar. Mulakan dengan bahagian nut, masukkan ke tempatnya dulu iaitu ke tempat yang ada terdapat lubang pada rim itu.

GAMBAR

Kemudian dengan menggunakan 2 Skru Driver cungkil kedalam masukkan semula tepi tayar luar kedalam rim tayar.

GAMBAR

Selepas itu masukkan semula rim tayar mengikut keadaan sewaktu di keluarkan tadi.

GAMBAR

Kemuan bolehlah ketatkan semula skru-skru tayar tersebut. Adjust lah dahulu keadaan tayar tersebut sebaiknya sebelum skru-skru diketatkan. Dengan itu selesai lah kerja membaiki tayar bocor.

Semoga ianya dapat membantu dan memberi sedikit sabanyak pengetahuan.


Sekian, terima kasih ...........


P.S HARAP MAAF BLOG DLM PEMBIKINAN , TIADA GAMBAR LAGI

23 January 2012

Haiwan Dan Alam Semulajadi



Dunia yang didiami manusia ini turut dihuni oleh berbagai haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan setiap satunya saling memerlukan antara satu sama lain bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Walaupun haiwan tidak mempunyai akal tetapi haiwan juga mempunyai perasaan. Mereka juga tahu untuk saling menjaga dan menyayangi antara satu sama lain dan merasa kesakitan.

Terdapat satu kejadian yang dapat dirakam oleh lensa jurugambar National Geographic dimana seekor anak Zebra sedang cuba menguis-guis ibunya yang telah mati akibat kecederaan. Bapak anak Zebra itu pula mundar-mandir dari jauh sambil memanggil-manggil seolah-olah sedang memujuk anaknya itu.

Keadaan ini berlarutan berjam-jam lamanya sehinggalah seekor demi seekor Burung Hering datang dan 'mengerjakan' bangkai ibu Zebra itu. Hanya selepas itu barulah anak Zebra itu mahu pergi meninggalkan ibunya itu sambil ditemani bapaknya dan mereka pun mula mengejar kumpulan mereka semula yang telah jauh meninggalkan mereka dihadapan.

Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar dan hidup dalam harmoni dengan saling menghormati antara satu sama lain.

15 January 2012

Ikan Gua




Samada kita sedari atau tidak walaupun dunia diliputi 2/3 air kita masih menghadapi krisis bekalan air. Ini kerana kebanyakan sumber air yang ada sudah tidak selamat untuk digunakan.

Untuk itu di Las Vegas Amerika contohnya usaha sedang dibuat untuk meneroka sumber air yang ditemui dari gua bawah tanah. Usaha penyelidikan dari National Geographic ini mendedahkan bahawa sumber air ini adalah bersih dan cukup selamat untuk digunakan.

Walaupun begitu jika penerokaan ini diteruskan ianya perlu dibayar dengan harga yang cukup mahal. Mahal bukan sahaja dari segi kos tetapi juga pengorbanan hidupan marin yang tidak terdapat dimana-mana bahagian lain didunia ini yang mungkin akan pupus.

Antaranya ialah Pupfish Devil's Holes sejenis ikan dalam gua yang kecil dan unik. Kajian mendapati jumlah ikan ini hanya terdapat sekitar dalam 100 ekor sahaja didunia. Sais yang dewasanya hanya menjangkau 1 inci sahaja.

Mungkin suatu hari nanti generasi akan datang cuma dapat melihat gambarnya atau patungnya sahaja seperti Dinasor jika sesuatu tidak dilakukan.

Kesimpulannya marilah kita sama-sama menghargai air dengan tidak membazir dan menggunakannya dengan berhemah.