
Dunia yang didiami manusia ini turut dihuni oleh berbagai haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan setiap satunya saling memerlukan antara satu sama lain bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Walaupun haiwan tidak mempunyai akal tetapi haiwan juga mempunyai perasaan. Mereka juga tahu untuk saling menjaga dan menyayangi antara satu sama lain dan merasa kesakitan.
Terdapat satu kejadian yang dapat dirakam oleh lensa jurugambar National Geographic dimana seekor anak Zebra sedang cuba menguis-guis ibunya yang telah mati akibat kecederaan. Bapak anak Zebra itu pula mundar-mandir dari jauh sambil memanggil-manggil seolah-olah sedang memujuk anaknya itu.
Keadaan ini berlarutan berjam-jam lamanya sehinggalah seekor demi seekor Burung Hering datang dan 'mengerjakan' bangkai ibu Zebra itu. Hanya selepas itu barulah anak Zebra itu mahu pergi meninggalkan ibunya itu sambil ditemani bapaknya dan mereka pun mula mengejar kumpulan mereka semula yang telah jauh meninggalkan mereka dihadapan.
Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar dan hidup dalam harmoni dengan saling menghormati antara satu sama lain.

No comments:
Post a Comment