
Dalam satu kajian yang dibuat oleh National Geographic melalui kajiselidik yang dijalankan dianggorkan SERAMAI 90 JUTA orang menghadapi masalah tidor atau Insomnia dan industri penghasilan ubat tidor telah menjadi industri berbilion dolar setahun.

Menurut Penyelidik seseorang menghadapi Insomnia apabila hormon yang merangsang untuk menutup 'suis tidor' diotak tidak berfungsi dengan betul. Peningkatan hormon itu menyebabkab seseorang itu tidak mengantuk atau lambat mengantuk.
Apa yang lebih membimbangkan ialah majoritinya adalah dikalangan remaja dimana dianggorkan setiap 1 dari 3 remaja menghadapi masalah tidor.
Golongan ini terdedah kepada penyakit kemurungan dan masalah berkaitan jiwa dan dalam kes yang kronik mereka ini sehingga sanggup untuk membunuh diri.

Gejala ini amat membimbangkan dan tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana golongan remaja inilah yang akan mengalas bebas untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
Dalam satu kes sebuah syarikat penggangkutan hampir menjadi muflis angkara menanggung kos yang diakibatkan oleh kemalangan yang diakibatkan oleh pemandu kontena yang mengantuk kerana tidak mendapat tidor yang cukup. Pengurusan akhirnya telah mengambil langkah bijak dengan menyusun semula jadual pemanduan dengan memberikan lebih banyak masa untuk pemandu-pemandu mendapatkan tidor yang mencukupi dan bersama keluarga.
Akhirnya dalam tempoh lapan bulan syarikat tersebut dapat mengurangkan 80% kemalangan dan syarikat berjaya mencatat keuntungan dan terselamat dari menghadapi muflis.
Tidak ada rawatan yang benar-benar berkesan dan khusus untuk penyakit ini. Walaupun dengan pengambilan pil tidor seseorang itu boleh tidor namun ianya hanyalah penyelesaian jangka pendek dan boleh mendatangkan kesan sampingan lain. Dalam satu kejadian di Australia seorang wanita yang telah mengambil pil tidor telah terjaga dari tidor dalam keadaan tidak sedar dan telah pergi kerumah temannya lalu merosakkan barangan didalam rumah temannya itu.
Ia bukanlah kes pertama kerana terdapat beberapa lagi kes yang dilaporkan tentang mereka yang terjaga dalam keadaan tidak sedar selepas mengambil pil tidor. Pengambilan ubat tidor yang tidak terkawal juga boleh mengundang maut kepada penggunanya.
Dalam kajian yang telah dijalankan ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk merawat penyakit ini. Antaranya ialah dengan mengamalkan senaman yang betoi. Senaman akan menurunkan hormon yang menyebabkan Insomnia dan meningkatkan hormon yang membantu untuk tidor.
Selain itu amalan Yoga juga dilihat mampu untuk merawat pengidap Insomnia. Yoga dapat membuatkan seseorang itu menjadi lebih tenang dan relak dan ini dapat menurunkan paras hormon yang merangsang untuk berjaga.
Namun begitu bagi orang Islam mengamalkan membaca Surah-Surah tertentu sewaktu ingin tidor adalah berkesan didalam melawan Insomnia. Ini kerana gangguan tidor juga disebabkan oleh gangguan iblis dan syaitan dan mengamalkan bacaaan dari Surah-Surah ini dapat melindung dan menghalang dari gangguan-gangguan tersebut.
Kesimpulannya gangguan tidor perlu dirawat secepatnya supaya kita mendapat masa tidor yang mencukupi untuk melakukan tugas-tugas seharian dengan lancar dan dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Semoga maklumat ini berguna untuk kita kongsi bersama dalam mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
No comments:
Post a Comment