
Samada kita sedari atau tidak walaupun dunia diliputi 2/3 air kita masih menghadapi krisis bekalan air. Ini kerana kebanyakan sumber air yang ada sudah tidak selamat untuk digunakan.
Untuk itu di Las Vegas Amerika contohnya usaha sedang dibuat untuk meneroka sumber air yang ditemui dari gua bawah tanah. Usaha penyelidikan dari National Geographic ini mendedahkan bahawa sumber air ini adalah bersih dan cukup selamat untuk digunakan.
Walaupun begitu jika penerokaan ini diteruskan ianya perlu dibayar dengan harga yang cukup mahal. Mahal bukan sahaja dari segi kos tetapi juga pengorbanan hidupan marin yang tidak terdapat dimana-mana bahagian lain didunia ini yang mungkin akan pupus.
Antaranya ialah Pupfish Devil's Holes sejenis ikan dalam gua yang kecil dan unik. Kajian mendapati jumlah ikan ini hanya terdapat sekitar dalam 100 ekor sahaja didunia. Sais yang dewasanya hanya menjangkau 1 inci sahaja.
Mungkin suatu hari nanti generasi akan datang cuma dapat melihat gambarnya atau patungnya sahaja seperti Dinasor jika sesuatu tidak dilakukan.
Kesimpulannya marilah kita sama-sama menghargai air dengan tidak membazir dan menggunakannya dengan berhemah.
No comments:
Post a Comment