Dengan larian pelurunya itu sudah tentu jarang ada mangsa yang boleh terlepas. Namun begitu Cheetah hanya boleh mengekalkan larian pelurunya itu untuk jarak yang terhad dalam lingkungan 200m sahaja. Ini kerana untuk menghasilkan larian yang menakjubkan itu organ-organ badannya telah bekerja 3 kali ganda dari biasa dan ini sudah pasti menggunakan tenaga yang banyak.
Sesudah berlari Cheetah akan merehatkan badannya dahulu untuk mengembalikan semula tenaganya yang hilang.

Cheetah mempunyai bentuk badan yang unik dan menakjubkan. Ototnya yang kuat dan elastik membuatkan Cheetah seolah-olah sedang terbang sewaktu berlari. Selain itu ekor Cheetah juga membantu dalam lariannya itu. Ini kerana ekornya yang panjang itu memberi imbangan sewaktu membelok kekiri dan kanan semasa dalam lariannya itu. Ini membuatkan mangsanya sukar untuk melepaskan dari serangan Cheetah.
Namun begitu haiwan hebat ini semakin terancam disebabkan oleh beberapa faktor dan manusia adalah sebab utamanya. Aktiviti pemburu haram yang berleluasa menyebabkan bilangan haiwan semakin berkurangan dan membimbangkan.
No comments:
Post a Comment