25 January 2012

Basikal Tayar Pancit - Cara Baiki



Salam Sejahtera .....

Saya tengah terpikir-pikir apa nak tulis kat blog saya ni. Susah jugak yer nak cari idea nak menulis ni rupanya. Tu satu hal, nak mengolah idea pun satu hal jugak bukan senang, maklum la saya ni bukan penah pergi kursus penulisan.

Tiba-tiba saya teringin berkongsi pengetahuan membaiki basikal. Ye la nak cerita repair yang lain tak tau lak. Idea ni datang dari isteri saya yang memberitahu saya akan masalah yang dihadapi seperti golongan ibu tunggal apabila basikal anak-anak mereka menghadapi kerosakan. Mereka terpaksa bersusah-payah mencari kedai membaiki basikal yang bukan saja jauh malah susah pula didapati. Ye la nak baiki sendiri tak berani nak bukak pasang kang tambah rosak jadinya pulak.

Saya pun tak la teror sangat nak repair-repair ni sekadar suka-suka jer. Waktu saya masih sekolah rendah lagi saya selalu cuba-cuba sendiri repair basikal saya kot ada apa-apa masalah. Habis la spanar-spanar kat rumah saya selongkar dan teraburkan kadang-kadang tu sampai kena marah gan mak apak saya.

Saya rasa baiki basikal ni tak la susah sangat cuma kerjanya jer yang remeh sikit nak buat. Kerosakannya pun tak la sebanyak motor, yang biasa masalah pun tayar gan rantai dia jer. Bahagian yang lain tu biasanya jarang sikit ada masalah.

Disini saya akan mulakan dengan cara menukar tayar dalam atau pun tayar luarnya dulu.

Mula-mula apa saya buat saya akan terbalikkan dahulu basikal supaya senang membuka skru-skrunya.

GAMBAR

kemudian bukakan skru-skru dikiri dan kanan tayar tersebut

GAMBAR

selepas itu boleh lah cuba tarik tayar tersebut keluar dari tempatnya. Jika tayar tersebut sangkut dimana-mana bahagian cuba longgarkan atau buka apa-apa skru yang berkaitan. Biasanya mungkin sangkut kat brek atau rantai tu jer itu tak menjadi masalah tarik jer keluar tayar tu.

GAMBAR

Ok sekarang boleh la mula untuk menukar tayar dalamnya yang bocor itu. Saya akan gunakan 2 Skru Driver untuk saya guna mencungkil tayar luarnya dari rim tayar tersebut. Hati-hati mencungkilnya supaya tidak terkena tayar dalamnya.

GAMBAR

Selepas semua sisi tepi tayar luar telah dicungkil boleh lah dikeluarkan tayar dalam yang bocor itu. Mulakan dengan menarik keluar dari bahagian nat tayar (tempat memasukkan angin tayar) supaya mudah.

GAMBAR

Terpulang kepada anda samada untuk menukar baru atau menampal saja tayar dalam yang bocor itu. Jika mahu menampal maka ambillah gam dam potong sedikit bahagian tayar dalam lain (cari la yang dah terbuang kat mana-mana) sapulah gam dan tampal. Tapi elok la tukar dengan yang baru kang tampal mungkin tak tahan lama.

Selepas itu boleh lah diletakkan kembali tayar dalam yang baru ataupun yang telah ditampal itu untuk dimasukkan kembali kedalam tayar luar. Mulakan dengan bahagian nut, masukkan ke tempatnya dulu iaitu ke tempat yang ada terdapat lubang pada rim itu.

GAMBAR

Kemudian dengan menggunakan 2 Skru Driver cungkil kedalam masukkan semula tepi tayar luar kedalam rim tayar.

GAMBAR

Selepas itu masukkan semula rim tayar mengikut keadaan sewaktu di keluarkan tadi.

GAMBAR

Kemuan bolehlah ketatkan semula skru-skru tayar tersebut. Adjust lah dahulu keadaan tayar tersebut sebaiknya sebelum skru-skru diketatkan. Dengan itu selesai lah kerja membaiki tayar bocor.

Semoga ianya dapat membantu dan memberi sedikit sabanyak pengetahuan.


Sekian, terima kasih ...........


P.S HARAP MAAF BLOG DLM PEMBIKINAN , TIADA GAMBAR LAGI

No comments:

Post a Comment